Enam banduan maut dengan kepala dipenggal

Estimate Reading Time: < 1 minute

Guatemala City: Sekurang-kurangnya tujuh banduan terbunuh, dengan kebanyakan daripadanya dengan kepala dipenggal, dalam rusuhan antara geng di sebuah penjara di barat Guatemala, pada Rabu.

Ratusan polis dikejarkan ke lokasi untuk mengawal keadaan di penjara Cantel, yang menempatkan banduan daripada geng Mara Salvatrucha dan musuhnya, Barrio 18.

“Siasatan awal, sebab kematian tujuh banduan itu tidak diketahui,” kata Kementerian Dalam negeri dalam kenyataan yang menggambarkan situasi itu sebagai ‘rusuhan’.

Angka itu disahkan oleh pejabat pendakwaan, yang kakitangannya mendapat akses ke dalam penjara yang terletak kira-kira 205 kilometer dari barat ibu negara itu.

Dalam pada itu, jurucakap Polis Awam Kebangsaan, Jorge Aguilar, memberitahu AFP bahawa kejadian disebabkan oleh konfrontasi antara dua geng, dan sekurang-kurangnya enam banduan dipenggal.

Pihak berkuasa mengesyaki seorang daripada ahli geng membalas dendam selepas diserang dalam insiden beberapa hari sebelumnya, menurut Aguilar

Keganasan membabitkan geng adalah perkara biasa di penjara Cantel, yang dikritik kumpulan hak asasi manusia kerana keadaannya yang teruk.

Ia dibina dengan kapasiti 500 banduan, tetapi kini jumlah penghuninya empat kali ganda daripada angka berkenaan.-METRO

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373