Faizal menghadap Sultan Perak petang ini selepas kalah undi percaya

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH : Ahmad Faizal Azumu dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah petang ini susulan kekalahan menteri besar itu dalam undian percaya terhadap kepimpinannya di Dewan Undangan Negeri pagi tadi.

Faizal yang juga timbalan presiden PPBM akan meletak jawatan setelah 48 daripada 59 Adun tidak menyokong usul undi percaya terhadapnya. Beliau hanya memperolehi 10 undi manakala satu undi rosak.

Faizal memberitahu pemberita, beliau sudah menjangkakan usul percaya tidak akan memihak kepadanya, tetapi terkejut ia dibentangkan sebelum Belanjawan Perak 2021 di bawa ke DUN.

“(Tetapi) saya berlapang dada dan terima. Sebagai ketua yang juga pengerusi PPBM Perak saya akan cari jalan memberi peluang menteri besar baharu laksanakan tanggungjawab beliau,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid juga akan menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh, Awani melaporkan.

Menurut sumber, Mohamad Zahir akan menyembah maklum berhubung keputusan usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal yang diputuskan DUN pagi tadi. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373