Gempar lelaki bogel berparang

Estimate Reading Time: < 1 minute

TAIPING: Orang ramai gempar apabila seorang lelaki dipercayai ada masalah mental yang berbogel dan agresif menggunakan sebilah parang di tepi jalan berhampiran Rumah Hijau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner, Osman Mamat berkata bagaimanapun, polis berjaya mententeramkan lelaki terbabit dan menahannya dalam kejadian jam 6.54 petang.

“Suspek yang tidak berpakaian kelihatan memegang sesuatu yang dibaluti kain di tangannya.

“Ketika polis cuba memujuknya untuk memakai seluar, suspek bertindak membuka balutan kain di tangannya dan menunjukkan sebilah parang panjang.

“Bagaimanapun setelah dipujuk selama hampir 15 minit, suspek mengalah dan ditahan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, disini, hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati suspek pernah mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan dan tindakan suspek itu dikatakan akibat tidak mengambil ubat penenang.

“Tiada sebarang kecederaan pada orang awam atau anggota dan suspek kini di tempatkan ke Hospital Taiping untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373