Guna wang ibu, pelajar ditipu RM86,270 skim labur emas

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUANTAN: Terpedaya dengan pujuk rayu rakan baharu, seorang pelajar universiti dekat ini menggunakan wang simpanan ibunya sebanyak RM86,270 untuk pelaburan emas yang tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata kejadian bermula apabila lelaki yang dikenali sebagai Syed Omar meminta mangsa untuk melabur dalam pelaburan emas kononnya kelolaan Bank Negara pada 2 Mei lalu.

Menurutnya, mangsa pada mulanya enggan melabur namun selepas dipujuk dan dimaklumkan bahawa wang itu akan dipulangkan, membuatkan mangsa tertarik dan bersetuju.

“Mangsa kemudian membuat pemindahan wang RM86,270 dari akuan ibunya secara berperingkat pada 3 hingga 23 Mei lalu ke dalam akaun lelaki yang baru dikenalinya 10 bulan lalu.

“Pembayaran sebanyak itu dibuat adalah bayaran untuk modal pelaburan dan bayaran denda kelewatan bayaran modal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Wazir berkata, sehingga kini, suspek masih mendesak mangsa membuat bayaran dan berikutan itu mangsa merasakan dirinya tertipu lalu tampil membuat laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan(IPD) semalam.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan suspek ialah dengan menawarkan pelaburan emas yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa memasukkan wang ke dalam akaun suspek.

Jelasnya, berikutan itu mangsa mengalami kerugian dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373