Hampir 10,000 jangkitan COVID-19 hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Sejumlah 9,890 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah terkumpul individu yang dijangkiti virus COVID-19 mencecah 2,313,727 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hanya Labuan tidak mencatatkan pertambahan kes, manakala tiga negeri melaporkan kes harian empat angka.

Katanya, Sarawak menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian dengan 1,413 kes, diikuti Selangor (1,402), Kelantan (1,032), Johor (993), Sabah (820), Perak (794), Pulau Pinang (721) dan Terengganu (699).

Beliau berkata, turut mencatatkan kes baharu ialah Pahang dengan 564 kes baahru, Kedah (503), Melaka (260), Perlis (200), dan Putrajaya (59).

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373