Hujan lebat, angin kencang diramal di lapan negeri

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di lapan negeri sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, keadaan cuaca itu diramal di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah membabitkan kawasan Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim manakala Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

“Cuaca sama turut diramal di kawasan Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak; Pahang (Raub dan Bentong); Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor; serta Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan.

“Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang juga dijangka melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis) di Sarawak serta Pantai Barat (Ranau), Tawau dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) di Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila ada tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya menurut kenyataan itu.

– Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373