Hulu Selangor zon merah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Hulu Selangor kini diletakkan sebagai kawasan zon merah COVID-19 dengan mencatatkan 40 kes positif.

Sebelum itu, lima daerah di negeri ini yang diisytihar zon merah ialah Hulu Langat, Petaling, Klang, Gombak dan Sepang.

Selangor mencatatkan 1,066 kes iaitu Hulu Langat sebanyak 357 kes, Petaling (310), Klang (133), Gombak (113), Sepang (49), Hulu Selangor (40), Kuala Selangor (27), Kuala Langat (24) dan Sabak Bernam (13).

Lapan kematian turut direkodkan di negeri itu sehingga kini.

Dalam pada itu, kawasan Sungai Lui di Hulu Langat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 30 Mac lalu susulan kes di sebuah maahad tahfiz.

Selain itu, PKPD turut dikuatkuasakan di Simpang Renggam, Johor mulai 27 Mac lalu, Menara City One, Kuala Lumpur bermula 31 Mac lalu dan Selangor Mansion serta Malayan Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 7 April lalu.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373