IBFIM lantik semula Yusry Yusoff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 5 April — Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) mengumumkan pelantikan semula Yusry Yusoff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk tempoh tiga tahun lagi berkuatkuasa 1 April lepas.

Dalam kenyataan hari ini, IBFIM berkata Yusry yang telah menerajui IBFIM selama empat tahun, memiliki pengalaman lebih  27 tahun dalam pelbagai aspek pembangunan industri kewangan.

Sebelum menyertai IBFIM, beliau pernah berkhidmat dengan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Bank Negara Malaysia (BNM), Islamic Financial Services Board (IFSB) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Selain itu, beliau adalah Ahli Panel Perundingan Pasaran Sekuriti Bursa Malaysia.

Antara pengalaman beliau ialah membangunkan program pelaksanaan piawaian bagi IFSB dan mempromosikan industri pengurusan dana Islam di bawah inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), menurut kenyataan itu.

Yusry berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Undang-Undang Komersial dari University of Melbourne.

— BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373