Inisiatif i-Sayang beri manfaat besar kepada suri rumah tidak bekerja

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur: Inisiatif i-Sayang dilancarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka memberi manfaat besar kepada suri rumah tidak bekerja atau berada di luar sektor tenaga buruh untuk menabung demi masa depan mereka.

Inisiatif dilancarkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu membolehkan suami memindahkan dua peratus daripada caruman mereka ke dalam akaun KWSP isteri.

Kemudahan i-Sayang sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada institusi kekeluargaan.

Inisiatif menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai perlindungan skim keselamatan sosial yang formal, untuk menabung demi masa depan persaraan mereka.
Dengan membolehkan suami mencarum secara sukarela sebanyak dua peratus caruman bulanan mereka memberikan peluang kepada isteri masing-masing untuk mempunyai simpanan jangka masa panjang disamping mendapat akses kepada keselamatan sosial dan kewangan yang berkualiti seperti mana dinikimati ahli KWSP.

Inisiatif i-Sayang selaras komitmen kerajaan dalam memperkasakan hak dan menjaga kebajikan wanita serta menerapkan nilai kekeluargaan selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang berteraskan ciri-ciri keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Selepas sebulan dilancarkan, lebih 20,000 suami sudah mendaftar bagi inisiatif i-Sayang, yang memberi manfaat kepada isteri mereka.

Berdasarkan statistik sehingga 8 April lalu, majoriti suami yang mendaftar adalah berusia antara 30 dan 39 tahun.

Selain itu, tiga negeri yang mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi adalah Selangor, Sarawak, dan Johor.

Permohonan i-Sayang boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP (Ahli), atau di mana-mana cawangan seluruh negara.

Maklumat lanjut mengenai i-Sayang boleh didapati di laman sesawang KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000. – Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373