Inter juara Piala Super Itali, Martinez wira

Estimate Reading Time: < 1 minute

RIYADH: Jaringan Lautaro Martinez memberikan Inter Milan kejuaraan Piala Super Itali ketiga berturut-turut selepas kemenangan 1-0 ke atas Napoli di Riyadh.

Penyerang Argentina itu memanfaatkan hantaran Benjamin Pavard pada minit pertama masa kececederaan babak kedua di Al-Awwal Park – menewaskan Napoli yang terpaksa beraksi 10 orang selepas Giovanni Simeone mengutip kad kuning kedua.

Gol kemenangan pemain 26 tahun itu adalah jaringan ke-21 dirinya dalam semua pertandingan musim ini untuk Inter.

Martinez kini setanding dengan Christian Vieri di tangga kesembilan penjaring terbanyak Inter dengan 123 gol sejak tiba pada tahun 2018.

“Emosi menguasai diri dan saya tidak dapat berfikir. Ia adalah saat yang unik, saya menjaringkan gol ke-100 di final Piala Itali dan gol ke-123 di Piala Super, membolehkan saya menyamai rekod Christian Vieri,” kata Martinez yang membuka bajunya ketika meraikan jaringan.

Edisi kejohanan kali ini diubah kepada format empat pasukan, tetapi gagal menarik minat penonton di Arab Saudi.

Sebelum babak kedua bermula, semua bertafakur seminit sebagai penghormatan kepada bekas penyerang Itali, Gigi Riva yang baru meninggal dunia.

Riva adalah penjaring terbanyak Itali dengan 35 gol dalam 42 penampilan dan membawa Cagliari menjuarai liga pada tahun 1970.

Jaringan Martinez membolehkan pengendali Inter, Simone Inzaghi gelaran Piala Super kelima dalam kariernya dan yang ketiga berturut-turut.

Pengendali berusia 47 tahun itu memenanginya dua kali bersama Lazio pada tahun 2017 dan 2019.

– AFP

– BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373