Isteri polis, 2 anak meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Lipis-Benta

Estimate Reading Time: < 1 minute

LIPIS: Isteri anggota polis dan dua kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 17, Jalan Lipis-Benta jam 3.35 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata pemandu kereta yang meninggal dunia, Nor Faizah Ridzuan, berusia 34 tahun adalah isteri kepada anggota polis di Berek Polis Kok Lanas, Ketereh, Kelantan.

“Nor Faizah yang memandu kereta dan anaknya, Muhammad Hariz Adrian Mohd Azman (10 tahun) serta dan anak angkatnya, Muhammad Hafiy AzmanAbdullah (3 tahun) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan.

“Siasatan awal dan keterangan saksi bebas, mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Nor Faizah dipercayai tiba-tiba hilang kawalan,” katanya.

Azli berkata, apabila sampai di tempat kejadian, semasa melalui selekoh, kereta itu masuk ke laluan bersebelahan lalu dirempuh oleh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

“Kereta itu diseret oleh lori tersebut dan merempuh besi penghadang jalan. Akibat kemalangan tersebut, pemandu serta dua kanak-kanak di tempat duduk belakang kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pemandu kereta itu meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala dan dada, manakala dua kanak-kanak tersebut cedera parah di bahagian kepala,” katanya.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373