JAKIM nafi sudah tetapkan tarikh Aidilfitri

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan kenyataan yang dibuat pihak tertentu berhubung penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H /2023M yang mendakwa dikeluarkan oleh jabatan berkenaan.

JAKIM menerusi perkongsian di Faceebok rasminya, menasihati semua pihak agar menghormati proses penentuan rasmi tarikh hari raya di negara ini, yang dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan Majlis Raja-Raja.

Pemberitahuan hari akhir Ramadan 1444H yang disebarkan menerusi media sosial menunjukkan pada 20 April manakala 1 Syawal pada 21 April.

Paparan itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan warga maya mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Sebelum ini, JAKIM dalam kenyataannya, berkata cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023.

Untuk rekod, pada tahun lalu, sambutan Aidilfitri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia dijangkakan pada 3 Mei bersamaan hari Selasa, bagaimanapun, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Daniel Syed Ahmad menerusi siaran langsung khas di media arus perdana, mengumumkan tarikh hari Raya adalah pada 2 Mei, iaitu Isnin. – Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373