Jangkitan baharu COVID-19 lonjak lebih 7,000 kes hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes positif harian COVID-19 di negara ini sekali lagi melepasi paras 7,000 apabila sebanyak 7,654 kes positif baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga kini jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 792,693 kes.

Beliau berkata, Selangor terus mencatatkan kes positif tertinggi iaitu sebanyak 3,260. Ia disusuli Kuala Lumpur dengan 1,550 kes positif; dan Negeri Sembilan dengan 698 kes.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373