JDT sambar penjaring terbanyak Liga Thailand

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Barisan pertahanan pasukan Liga Super tampak bakal berdepan satu lagi masalah selepas pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa masuk seorang lagi penggempur berbisa pada jendela perpindahan kedua.

Meskipun sudah memiliki gandingan penyerang berbisa seperti Bergson da Silva, Fernando Forestieri serta Arif Aiman Hanapi, JDT terus ‘bernafsu’ apabila mengikat bekas pemain Bangkok United, Heberty Fernandes.

JDT mengumumkan ketibaan pemain itu menerusi satu klip video di laman Johor Southern Tigers.

Kehadiran pemain dari Brazil itu adalah mengisi kekosongan Diogo Santo yang tidak dapat digunakan selama beberapa bulan.

Pemain itu jelas memiliki reputasi tersendiri apabila melihat jumlah jaringan yang diledak olehnya ketika beraksi di Liga Thailand sebelum ini.

Sebagai rekod, Heberty memegang status sebagai penjaring terbanyak Liga Thailand apabila menjaringkan 159 gol dalam 249 perlawanan di negara terbabit.

Malah, pengalaman beraksi di Asia Tenggara bersama beberapa lagi kelab di Thailand seperti Ratchaburi FC dan Muangthong United pasti membantu dia menyesuaikan diri dalam Liga Malaysia (Liga M).

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373