Jurureka grafik kerugian RM19,998

Estimate Reading Time: < 1 minute

BUTTERWORTH: Taktik licik penjenayah alam maya yang meminta mangsa memuat turun aplikasi Bank Negara Malaysia (BNM), memerangkap seorang jurureka grafik apabila wang simpanannya berjumlah RM19,998 lesap, selepas dia menyerahkan maklumat perbankan miliknya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa wanita berusia 27 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki kononnya, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Individu itu beritahu, mangsa mempunyai tunggakan cukai dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan perlu menjelaskannya secepat mungkin.
“Panggilan kemudian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah untuk buat laporan dalam talian. Selepas disoal siasat, mangsa menerima pautan aplikasi BNM melalui WhatsApp dan diminta untuk muat turun aplikasi berkenaan.
“Mangsa tidak mengesyaki apa-apa memandangkan dia percaya bahawa aplikasi BNM itu adalah benar, lalu mengisikan segala maklumat peribadi dan perbankan miliknya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

Jelasnya, mangsa akhirnya sedar dirinya ditipu apabila dia tidak dapat masuk ke akaun bank miliknya memandangkan kata laluan sudah ditukar.

“Mangsa terus membuat panggilan dengan pihak bank untuk semakan dan mendapati wang miliknya berjumlah RM19,998 sudah dipindahkan ke akaun bank tidak dikenali,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373