Kerajaan Benar Rentas Negeri, Ziarah Keluarga dan Melancong Mulai 10 Jun

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 7 Jun 2020 ( The Capital Post) – Mulai 10 Jun 2020, Kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Perkara ini diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhiyiddin Yassion dalam satu sidang media langsung.

“Bagi mereka yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian. Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung.” kata Tan Sri Muhiyiddin Yassin

“Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan. Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan.” ujur Perdana Menteri kepada ahli keluarga yang mahu menziarah.

Dengan kebenaran rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan dan rakyat Malaysia boleh melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu atau new normal. Tetapi kebenaran untuk merentasi negeri tidak digunapakai kepada rakyat yang berhasrat untuk melancong ke luar negara kerana sempadan negara kita masih ditutup sehingga satu tarikh yang akan diumumkan oleh Kerajaan kelak. – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373