Kerajaan lulus vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas kini boleh menerima vaksin Covid-19 buatan Pfizer-BioNTech, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Sebelum ini vaksin ini hanya diluluskan untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) yang bermesyuarat hari ini.

Sementara itu KKM memberikan persetujuan bersyarat kepada penggunaan vaksin dos tunggal CanSino dan Johnson & Johnson.

Menurut Noor Hisham, persetujuan untuk vaksin Johnson & Johnson, yang akan diperoleh melalui kemudahan vaksin Covax itu dilaksanakan melalui mekanisme perakuan (recognition) ke atas kelulusan WHO EUL.

“KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk vaksin tersebut kekal positif.-FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373