Kes baharu COVID-19 kembali lebih 6,000 kes

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 di negara ini kembali meningkat melebihi 6,000 kes apabila merekodkan 6,239 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 633,891 kes.

Katanya, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 2,291 kes diikuti Kuala Lumpur (704), Negeri Sembilan (507) dan Johor (468).

“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes baharu tiga digit hari ini, manakala hanya Perlis mencatatkan kes harian satu digit dengan empat kes dilaporkan hari ini,” katanya dalam Facebook, di sini hari ini.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373