Kontraktor projek landasan berkembar selar Ka Siong

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Kontraktor untuk projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) mengkritik Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berhubung penamatan kontrak itu.

“Menteri itu sendiri perlu bertanggungjawab menanggung akibat keputusan menyalahi undang-undang ini dan akibat buruk yang timbul daripada keputusannya,” kata Ketua Eksekutif Dhaya Maju-LTAT, Mohamed Razeek Hussain.

Razeek menyuarakan keraguan Wee memberi masa dan peluang kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin serta Kabinet untuk mengesahkan maklumat yang diberikannya kepada mereka.

Bagaimanapun, syarikat itu sedang menyaman Wee dan kerajaan kerana melanggar kontrak.

Ogos lalu, Wee mengumumkan kementeriannya akan membuka semula tender untuk projek pemulihan KVDT2.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas kajian mendapati kos projek itu jauh lebih rendah daripada jumlah dikenakan Dhaya Maju-LTAT.

Kerajaan berkata, keputusan membuka semula tender itu dibuat untuk mengoptimumkan penggunaan dana awam dalam projek prasarana berskala besar.

Razeek mempersoalkan keikhlasan di sebaliknya, dengan bertanya mengapa kerajaan hanya menyasarkan syarikatnya untuk menunjukkan kerajaan berhasrat mengoptimumkan penggunaan dana awam.

Dhaya Maju-LTAT, yang kali pertama diberikan kontrak di bawah pentadbiran Barisan Nasional pada April 2018, ditamatkan kontrak itu selepas Pakatan Harapan berkuasa.

Selepas itu, pentadbiran PH melantik semula syarikat itu untuk meneruskan projek terbabit pada jumlah kontrak yang lebih rendah dan skop dikurangkan, hasil daripada beberapa siri rundingan dengan pemegang taruh dan pakar teknikal.

Razeek berkata, Wee berhak menyuarakan pandangannya sendiri, tetapi “bukan faktanya sendiri”.

“Fakta kekal mengatakan Dhaya Maju-LTAT sudah 12 bulan dalam kontrak itu,” katanya kepada FMT.

“Kementerian Pengangkutan telah mengendalikan kontrak itu selama 12 bulan sejajar syarat dalam kontrak.”

Katanya, syarikat itu mematuhi syarat kontrak.

Beliau berkata, sesiapa yang mempunyai pendapat kerajaan tidak melanggar kontrak dengan Dhaya Maju-LTAT “tersilap”.

Wee dilaporkan berkata, kerajaan tidak mahu mengulas perkara itu kerana kes di mahkamah yang masih berjalan. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373