Konvensyen Wanita Perpaduan fokus agenda ekonomi, pembinaan negara bangsa dan wanita

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Konvensyen Wanita Perpaduan yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 14 Mei ini akan memfokuskan kepada agenda ekonomi, pembinaan negara bangsa dan peranan wanita dalam konteks Malaysia MADANI.

Majlis Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan dalam kenyataan memaklumkan pengisian agenda itu telah dimuktamadkan dalam mesyuarat pertama majlis itu di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

“Majlis Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan berharap melalui konvensyen bertema “Malaysia Madani: Mewajahi Masa Depan Malaysia” ini, ia dapat memperkukuh agenda Kerajaan Perpaduan di bawah teraju Malaysia MADANI,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, mesyuarat bertujuan memperkukuh kolaborasi dan membina rangkaian kerja wanita merentas parti itu dipengerusikan secara bersama Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Pengerusi Wanita Pakatan Harapan (PH), Aiman Athirah Sabu.

Mesyuarat itu turut dihadiri ketua-ketua wanita parti komponen PH dan BN. – BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373