Korea Utara tuduh Israel punca konflik di Gaza

Estimate Reading Time: 1 minute

SEOUL: Korea Utara menyalahkan Israel sebagai punca pertumpahan darah di Gaza akibat pertempuran tentera Israel dan kumpulan Hamas.

Ini adalah kali pertama media negara itu, Rodong Sinmun, menerbitkan rencana mengenai konflik dan korban, memetik laporan media asing.

Rodong Sinmun ialah lidah rasmi Parti Pekerja yang memerintah Korea Utara.

Menurut akhbar itu, masyarakat antarabangsa mendakwa pertempuran yang berlanjutan sekarang adalah akibat daripada tindakan jenayah berterusan Israel terhadap rakyat Palestin.

Justeru, katanya, satu-satunya jalan keluar ialah membina sebuah negara Palestin yang merdeka.

Keganasan yang mengorbankan ribuan mangsa dari kedua-kedua belah pihak mendorong pengisytiharan antarabangsa menyokong Israel dan rayuan untuk menamatkan pertempuran serta melindungi orang awam selepas serangan Sabtu lalu oleh Hamas.

Hamas mengancam melakukan serangan setiap kali Israel mengebom rumah Palestin tanpa amaran, manakala Israel mengumumkan sekatan ke atas Gaza dan merancang memulakan serangan darat.

Ia juga sudah mengerahkan 300,000 anggota pasukan tentera simpanannya untuk melaporkan diri bagi bertugas, suatu tindak balas yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Sementara itu di Kyiv, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menuduh Russia menyokong operasi Hamas dalam konfliknya dengan Israel.

“Kami sangat yakin Rusia menyokong secara langsung atau lain (dalam) operasi Hamas, Russia benar-benar cuba mengambil kesempatan untuk merosakkan seluruh dunia,” kata Zelensky dalam satu wawancara dengan saluran televisyen France 2.

Zelenskyy turut mendakwa, konflik yang berlaku di Israel dan Gaza adalah ancaman untuk mengalihkan perhatian global daripada perang di negaranya sendiri.

“Terdapat risiko bahawa perhatian antarabangsa akan berpaling dari Ukraine dan ia mencetuskan pelbagai kemungkinan.

Walaupun tragedi yang mempengaruhi Ukraine dan Israel berbeza, kedua-duanya sangat besar,” katanya.

Berdasarkan laporan terbaru dari Baitulmaqdis, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata lebih 1,000 warga Israel maut dalam perang dengan Hamas selain lebih 2,800 mangsa cedera manakala 2,294 serangan Hamas kena pada sasaran.

IDF juga melaporkan menemui mayat lebih 1,500 pejuang Hamas selepas melancarkan seranan balas di Gaza.
– AGENSI
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373