KPM Umum Tarikh Keputusan STPM 2019

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 18 Feb 2020 (The Capital Post) – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini mengumumkan Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 akan dikeluarkan pada 25 Februari ini. Semua Calon STPM 2019 boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing – masing mulai jam 12 tengahari manakala calon persendirian akan menerima keputusan mereka melalui perkhidmatan pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) atau melalui laman sesawang MPM selepas jam 12 tengahari pada hari yang sama.

Seramai 44,823 calon telah menduduki peperiksaan STPM pada tahun 2019 di 629 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada 44,823, seramai 44,501 merupakan calon sekolah kerajaan, 167 merupakan calon sekolah swasta, 128 merupakan calon persendirian individu dan baki 27 calon merupakan calon sekolah kerajaan negeri.

Perkara ini dimaklumkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 18 Feb jam 3 Petang. – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373