Krisis kos sara hidup tingkat kematian awal – Kajian

Estimate Reading Time: 2 minutes

LONDON: Krisis kos sara hidup yang didorong inflasi di United Kingdom (UK) dijangka meningkatkan risiko kematian selain meluaskan jurang kekayaan dan kesihatan.

Kajian itu dikeluarkan jurnal BMJ Public Health yang boleh diakses awam, semalam. Pemodelan yang dijalankan untuk kajian itu, meramalkan orang yang berisiko mati sebelum waktunya membabitkan usia di bawah 75 tahun, boleh meningkat hampir 6.5 peratus disebabkan oleh kos sara hidup tinggi yang berterusan.

Golongan isi rumah di UK yang paling kurang berkemampuan berisiko mengalami peningkatan empat kali ganda kematian berbanding golongan kaya.

Menurut satu kajian, risiko itu disebabkan golongan miskin terpaksa membelanjakan sebahagian besar pendapatan mereka untuk kemudahan tenaga, yang kosnya kini meningkat.

Penyelidik mengkaji kesan inflasi ke atas kadar kematian di Scotland pada 2022 hingga tahun lalu dengan dan tanpa langkah bantuan seperti sokongan kerajaan untuk membantu mengurangkan kos isi rumah.

Data dikumpul kemudiannya digunakan sebagai model masa depan mengenai jangka hayat dan ketidaksamaan untuk UK secara keseluruhan, jika dasar pengurangan yang berbeza dilaksanakan.

Tanpa sebarang langkah bagi meringankan masalah itu, model terbabit mendapati inflasi boleh meningkatkan kematian sebanyak lima peratus di kawasan sederhana tahap kurang berkemampuan, dan sebanyak 23 peratus di kawasan paling kurang berkemampuan.

Risiko kematian itu bagaimanapun boleh turun kepada dua peratus di kawasan sederhana tahap kurang berkemampuan dan lapan peratus di kawasan paling kurang berkemampuan jika adanya mitigasi dengan kadar keseluruhan sekitar 6.5 peratus.

“Analisis kami menyumbang kepada bukti bahawa ekonomi penting untuk kesihatan penduduk.

“Kesan kematian akibat inflasi dan pengurangan pendapatan yang berkemungkinan besar dan negatif, menandakan ketidaksamaan yang ketara dihadapi mereka.

“Tindak balas terhadap dasar awam yang dilaksanakan tidak mencukupi untuk melindungi kesihatan dan mencegah ketidaksamaan yang semakin meluas,” katanya.

Inflasi UK merosot di luar jangkaan pada Ogos kepada 6.7 peratus daripada paras tertinggi 11.1 peratus, tetapi kekal tertinggi dalam negara G7 didorong sekatan akibat COVID-19, Brexit dan perang di Ukraine.
– AFP
-TheStar

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373