Lanjutan moratorium tiga bulan bagi individu kehilangan pekerjaan – Muhyiddin

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan lanjutan moratorium tiga bulan bagi individu yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan berikutan impak daripada pandemik COVID-19 manakala yang selebihnya kerajaan akan melaksanakan pendekatan bersasar.

Bagi individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun ini dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, mereka akan menikmati moratorium lanjutan bersasar untuk tempoh tiga bulan, katanya.

Muhyiddin berkata, selepas tiga bulan, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing.

 “Keputusan ini dicapai selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Gabenor Bank Negara Malaysia,” katanya semasa pengumuman lanjutan moratorium dan bantuan bersasar tersebut hari ini.

Kadar pengangguran negara mencecah 5.3 peratus pada Mei yang melibatkan 826,100 orang.

Program Subsidi Upah kerajaan telah membantu melindungi  2.4 juta pekerjaan

Setakat 19 Jun, RM4.89 bilion telah diluluskan bagi 303,596 majikan untuk memanfaatkan kepada lebih 2.4 juta pekerja.

Kerajaan juga mengumumkan tempoh moratorium enam bulan dari April hingga September 2020, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat PRIHATIN ketiganya untuk mengurangkan impak daripada pandemik itu

Beliau berkata setakat 20 Julai, pinjaman tertangguh/pembayaran semula pembiayaan di bawah moratorium itu dianggarkan mencecah RM59 bilion, memanfaatkan kira-kira 7.7 juta rakyat Malaysia atau 93 peratus daripada peminjam individu.

 

– BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373