Lelaki cuba langgar isteri ditahan polis

Estimate Reading Time: < 1 minute

ALOR SETAR: Cubaan seorang lelaki untuk melanggar isterinya gagal apabila mangsa sempat diselamatkan anak mereka dalam satu kejadian semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, suspek berusia 45 tahun dikatakan naik angin ketika bergaduh dengan isterinya yang berusia 52 tahun di belakang sebuah premis pemborong di kawasan perniagaan Stargate, Tandop.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata hasil siasatan mendapati kejadian itu dipercayai berpunca akibat masalah keluarga.

Beliau berkata, suspek yang memandu kereta Perodua Myvi dipercayai cuba melanggar mangsa, namun gagal.

“Ketika itu anak mereka yang berada di lokasi kejadian sempat menyelamatkan ibunya daripada dilanggar kereta yang dipandu bapanya.

“Suspek kemudian ditahan pagi semalam, selepas mangsa membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, hari ini.

Mohd Rozi berkata, suspek kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373