Lelaki didakwa bunuh bekas teman wanita dalam kedai aiskrim

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan membunuh bekas teman wanitanya dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di bandar raya ini pada 29 Mei lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Chung King Fung @ Haidel Daniel Chung Abdullah, 32, sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Lovely Natasha Charles.

Mengikut pertuduhan, Chung didakwa membunuh Nurul Ain Silien, 22, di kedai Polar Ice Cream, Lot B-48, Basement 1, Jesselton Mall, Jalan Haji Saman, di sini, pada 29 Mei, antara jam 12 hingga 12.20 tengah hari.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pegawai pendakwa, Inspektor Kelven, memohon tarikh baharu untuk sebutan semula kes itu sementara menunggu laporan bedah siasat dari pihak hosital serta laporan data asid deoksiribonukleik (DNA) dan forensik dari Jabatan Kimia.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Julai untuk sebutan semula kes berkenaan manakala tertuduh akan kekal ditahan kerana tiada ikat jamin dibenarkan untuk pertuduhan ke atasnya.

Tertuduh diwakili peguam bela, Chun Teck Min, manakala Nabila Norsahar hadir sebagai peguam pemerhati kepada mangsa.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373