Lelaki ditemui mati di bilik hotel

Estimate Reading Time: < 1 minute

PASIR GUDANG: Seorang lelaki ditemui mati di dalam bilik hotel di Johor Jaya, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah, berkata polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam menerima panggilan telefon daripada seorang pekerja sebuah hotel jam 10 pagi, menjelaskan seorang lelaki yang menyewa hotel itu tidak kelihatan sejak pagi semalam.

Katanya, pekerja itu kemudiannya mengetuk pintu bilik, tetapi tiada jawapan dan pintu juga berkunci.

“Pihak polis segera ke tempat kejadian dan memecah pintu, sebaik sahaja masuk ke bilik melihat seorang lelaki tempatan dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas katil.

“Pegawai kesihatan dari Hospital Sultan Ismail (HSI) bertugas mengesahkan lelaki berusia 54 tahun itu sudah meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati si mati seorang diri mendaftar masuk pada 12 Julai lalu dan membuat bayaran secara harian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat sudah dihantar ke HSI untuk bedah siasat, selain kes disiasat dan diklasfikasikan sebagai mati mengejut.

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373