Lelaki ditemui mati dibunuh

Estimate Reading Time: < 1 minute

LENGGONG: Seorang lelaki ditemui mati dibunuh di dalam kebun getah di Kampung Banggol Belimbing, dekat sini, awal pagi tadi.

Mangsa, dikenali sebagai Jamaluddin Hamzah, 55, dari Kampung Biong, Sauk, Kuala Kangsar, ditemui jam 1.20 pagi dengan kesan kecederaan pada pipi kanan, kepala dan belakang kepala serta darah pada kedua-dua telinga.

Pengadu, Mohd Rizuan Samsudin yang bertugas di Balai Polis Lenggong, berkata beliau menerima makluman pertama daripada dua lelaki mengatakan terdapat mangsa tidak sedarkan diri di dalam kebun getah di Kampung Banggol Batu.

Katanya, makluman kedua pula diterima mengatakan mangsa sudah meninggal dunia di dalam kebun getah di Banggol Belimbing selepas disahkan oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Lenggong.

“Ketika sampai di tempat kejadian, didapati mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui di antara pokok getah dengan badan ditutup daun, kira-kira 300 meter dari jalan raya.

“Pegawai perubatan dan pasukan forensik menyatakan mangsa mungkin dipukul dengan menggunakan objek keras berpandukan kesan kecederaan,” katanya.

Berikutan itu, katanya, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373