Man United mara, Burnley tersingkir

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer mahu Manchester United kendaliannya lebih tajam di depan gawang selepas sekadar menang 1-0 ke atas West Ham pada pusingan kelima Piala FA di Old Trafford.

Anak buah Solskjaer beraksi hambar pada pusingan kelima di Old Trafford tetapi jaringan Scott McTominay memastikan kemaraan ke suku akhir yang ketujuh berturut-turut buat United.

Kali terakhir United memenangi Piala FA ialah pada tahun 2016 dan gol ketiga McTominay dalam tiga perlawanan membolehkan pemburuan gelaran ke-13 kejohanan itu diteruskan.

Selepas kekecewaan diikat Everton yang merencatkan persaingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris, kemenangan ke atas West Ham ini mampu menceriakan semula United.

“Apabila hanya 1-0 dan kami mensia-siakan banyak peluang, apa saja boleh berlaku ke atas kami. Kami belajar daripada perlawanan sebelumnya.

“Saya rasa kami mempunyai 15 hingga 17 percubaan tetapi kami perlu lebih tajam. Kami sepatutnya menamatkan perlawanan lebih awal.

“Kami perlu mempunyai keputusan dan perasaan yang lebih baik hari ini kerana semangat kami luntur selepas perlawanan Everton.

“Kami mahu memberi cabaran dan kami mahu mara ke final. Itu sebab mengapa kami ada di Man United,” kata Solskjaer.

Amad Diallo disenaraikan sebagai pemain simpanan buat pertama kali sejak perpindahan pemain 18 tahun itu dari Atalanta Januari lalu.

Dalam satu lagi perlawanan, Burnley dikejutkan Bournemouth 2-0 di Turf Moor hasil jaringan Sam Surridge dan Junior Stanislas. – AFP

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373