Mangsa banjir di Sarawak meningkat

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUCHING: Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga melanda Sarawak sejak Selasa lalu terus meningkat kepada 985 orang pagi ini berbanding 577, semalam.

Mangsa banjir terbabit daripada 321 keluarga kini ditempatkan di 18 pusat penempatan sementara (PPS) di Tatau, Bintulu, Samarahan, Simunjan dan Serian.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin berkata, Serian mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 710 mangsa daripada 233 keluarga.

“Mangsa banjir di Serian kini ditempatkan di 11 PPS dengan sebahagian besar pernah dibuka dua kali apabila banjir melanda sejak Januari lalu,” katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata, seramai 229 mangsa daripada 76 keluarga ditempatkan di empat PPS di Simunjan manakala di Samarahan, 38 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di dua PPS.

“Banjir turut berlaku di kawasan utara Sarawak apabila lapan mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Dewan Sukan Tatau di Bintulu.

Hujan lebat yang melanda sejak beberapa hari lalu diramalkan berterusan hari ini dan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko dinasihatkan supaya berwaspada dengan menyimpan barangan penting di tempat tinggi.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373