MARA hantar lepasan TVET ke Jepun belajar sambil bekerja

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menghantar pelajar lepasan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) belajar sambil bekerja di Jepun selama tiga tahun.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata program baharu yang diperkenalkan itu dianjurkan kerjasama dengan Jepun OISCA.

Katanya, ini antara inisiatif besar pihaknya dan antara halatuju baharu untuk menjadikan bidang TVET bukan lagi sebagai pilihan kedua.

“Kita mahu program TVET in menjadi pilihan utama bagi anak muda terutamanya dari golongan berpendapatan rendah, B40, miskin dan luar bandar, mendapat kerjaya yang bergaji lumayan dan bermaruah dengan kemahiran tinggi dalam bidang-bidang berteknologi tinggi,” katanya menerusi kenyataan terbaharu pada akaun Facebook miliknya.

Asyraf Wajdi berkata melalui program ini, pelajar TVET lepasan institusi pendidikan MARA seperti Institut Kemahiran MARA (IKM), Giat MARA dan MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dihantar belajar sambil bekerja dengan syarikat terkemuka Jepun selama tiga tahun.

“Sebelum ke Jepun, (mereka) akan diajar Bahasa Jepun untuk tempoh lapan bulan di Pusat Bahasa Jepun.
“Sepanjang di Jepun dibayar elaun, ditanggung sepenuhnya termasuk penginapan dan apabila tamat dapat diploma latihan industri dari OISCA International and Industry,” katanya sambil berharap semua pihak terbabit tidak melepaskan peluang itu.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373