Maran A jaguh sepak takraw B-16 Pahang

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUANTAN: Trio Maran A menewaskan Rompin A untuk muncul juara Kejohanan Sepaktakraw Bawah 16 Tahun Tertutup Pahang 2023 di Dewan Majlis Sukan Pahang, di sini kelmarin.

Pada perlawanan akhir yang sengit, Maran A bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menundukkan Rompin A 13-21, 21-12, 16-14.

Sebagai juara, Maran A menerima hadiah piala pusingan, pingat dan wang tunai RM400, naib johan Rompin A membawa pulang pingat dan wang tunai RM300, ketiga Maran B (RM150) dan keempat Temerloh (RM150).

Kejohanan julung kali anjuran Persatuan Sepak Takraw Negeri Pahang (PSTNP) dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pahang disertai 24 pasukan yang bertujuan mencungkil bakat baharu sebagai pelapis pasukan negeri.

Hadiah disampaikan Naib Presiden II PSTNP, Nara Nordin.

Menurut Nara, pihaknya akan menjadikan kejohanan itu sebagai acara tahunan yang disertai sekurang-kurangnya dua pasukan dari setiap daerah.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373