Masuk dan keluar plaza tol seperti biasa bagi nikmati tol percuma

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pengguna lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) masih perlu melakukan kaedah sama seperti biasa walaupun konsesi berkenaan menawarkan Tol Rahmah Percuma sempena sambutan Aidilfitri bermula tengah malam tadi.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, dalam kenyataan berkata tol percuma ditawarkan selama empat hari bermula jam 12.01 tengah malam tadi sehingga jam 11.59 malam 21 April ini dan antara jam 12.01 pagi, 24 April hingga 11:59 malam sepanjang hari.

Justeru, PLUS menjelaskan kaedah pelaksanaan tol percuma itu bagi mengelakkan kesulitan kepada orang ramai.

Pengguna dinasihatkan memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan mod pembayaran tol yang sama.

Sebagai contoh, jika pengguna masuk ke lebuh raya menggunakan kad Touch ‘n Go, mereka juga perlu keluar dari lebuh raya menerusi lorong Touch ‘n Go.

“Namun begitu, tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad Touch ‘n Go itu,” katanya.

Sekiranya pengguna lebuh raya memilih untuk menggunakan RFID, mereka masih perlu masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID yang disediakan. Sepertimana kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada eWallet Touch ‘n Go mereka.

Pengguna lebuh raya akan menikmati Tol Rahmah Percuma ketika melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.

Bagaimanapun, bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan mereka dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd.

Ini adalah bagi mengelakkan kesulitan di plaza tol jika terdapat pengguna lebuh raya menggunakan kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif.

Pengguna juga dinasihatkan supaya keluar di plaza tol terdekat sekiranya mereka

menghampiri tempoh berakhirnya pemberian Tol Rahmah Percuma itu. – Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373