Mat Kilau kutip RM47 juta, tewaskan rekod Munafik 2

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof bagai hilang kata-kata apabila karya epik pertamanya mencecah RM47 juta dalam tempoh 11 hari tayangan.

Malah, bapa kepada dua cahaya mata itu juga tidak menyangka angka berkenaan hampir mengatasi kutipan filem Munafik 2 sebanyak RM48 juta pada 2018.

“Saya takjub dengan sambutan luar biasa ini. Malah, filem .

“Sokongan diterima ini sesuatu tak dijangka. Malah, melihat angka kutipan meningkat sehari demi hari, ia buat saya jadi lebih terharu.

“Takkan terjadi semua ini tanpa sokongan penonton dari Malaysia, Brunei dan Singapura yang tak putus-putus menyerbu pawagam,” katanya kepada BH Online.

Anak pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam itu juga melihat kejayaan luar biasa itu sebagai suntikan semangat untuk terus berkarya.

“Majulah filem bangsa dan negara. Semoga pengisian dalam filem Mat Kilau akan terus menyuntik semangat istimewa dalam diri kita.

“Sebuah naskhah filem yang ‘baik’ pasti akan diterima masyarakat. Dan, majoriti masyarakat akan menghargainya tanpa perlu dipaksa.

“Kepada yang mengkritik, saya terbuka. Biarkan, kritikan normal dalam pembikinan filem. Kita sebagai pembikin filem kena lebih bijak daripada mereka,” katanya.

Diterbitkan Studio Kembara Sdn Bhd, kos pembikinan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berdasarkan fakta sejarah ini bernilai RM8 juta.

Naskhah yang sarat dengan elemen cintakan agama, bangsa dan tanah air ini dibintangi pelakon seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Johan As’ari, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373