MDFA 2019 di Finas Sabtu ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR– Sejumlah 85 penyertaan akan merebut 16 kategori anugerah pada acara Malaysian Digital Film Awards atau Anugerah Filem Digital Malaysia (MDFA) ke-4 di Pawagam Mini P. Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang pada Sabtu ini.

Acara dua tahun sekali itu dianjurkan oleh Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (Semesta) dengan kerjasama Finas.

Kurator MDFA, Dr Fikri Jermadi berkata penyertaan terdiri daripada penerbitan pelbagai genre, antaranya Filem Cereka Digital, Filem Pendek Digital, Dokumentari Digital, Animasi Digital dan Video Muzik Digital.

“Dengan perkembangan teknologi digital, kami menganjurkan anugerah ini bagi mencari produk digital terbaik dengan pelbagai kandungan yang memenuhi cita rasa pelbagai segmen audiens,” katanya kepada Bernama.

Turut dianjurkan secara serentak dengan MDFA ialah Young Filmmakers Forum atau Forum Pembikin Filem Muda (YFF) yang membincangkan pelbagai isu mencakupi bidang perfileman dan multimedia.

Fikri berkata untuk edisi keempat ini, YFF menampilkan tiga pembikin filem muda iaitu Ineza Roussille (pengarah ‘M for Malaysia’), Muzzamer Rahman (pengarah ‘Prebet Sapu’) dan Nadiah Hamzah (pengarah ‘Motif’).

Antara pemenang terdahulu ialah Ellie Suriati Omar dengan filem ‘Penanggal’ yang dipilih sebagai Filem Cereka Digital Terbaik dalam MDFA 2013.- BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373