Messi rasa seperti kali pertama

Estimate Reading Time: < 1 minute

MADRID: Kapten Barcelona dan Argentina Lionel Messi berkata dia tidak sabar untuk kembali beraksi tetapi perlawanan tertutup La Liga bakal terasa “janggal”.

Messi kembali berlatih bersama Barca menjelang saingan La Liga yang dijangka bersambung pada 12 Jun, selepas beberapa minggu berkurung akibat pandemik COVID-19.

“Kami tidak dapat fikirkan tentang apa yang bakal kami tinggalkan tahun ini. Lebih baik kami memikirkan tentang masa depan.

“Seperti kembali berlatih setiap hari, melihat rakan sepasukan anda, bermain beberapa perlawanan pertama anda.

“Tidak ragu-ragu lagi ia pasti terasa pelik pada awalnya, tetapi saya tidak sabar untuk kembali bersaing,” kata Messi.

Menurutnya, bermain tanpa penyokong memberikan cabaran baharu.

Persiapan di peringkat skuad sama seperti perlawanan-perlawanan lain, tetapi memerlukan pemain bersedia daripada segi mental untuk bermain tanpa penonton kerana ia amat janggal.

“Ia seperti bermula dari awal. Secara teknikal ia adalah musim yang sama, tetapi saya rasa semua pasukan dan pemain akan mendapat pengalaman berbeza,” katanya.

Messi sepatutnya menerajui Argentina di Copa America pada musim panas ini, di mana negaranya menjadi tuan rumah bersam dengan Colombia, tetapi Mac lalu kejohanan itu ditunda ke Jun dan Julai tahun depan.

– AFP

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373