MIC W.P Kuala Lumpur Edar 10,000 “Face Mask”

Estimate Reading Time: < 1 minute

BRICKFIELDS, 8 Mei 2020 (The Capital Post) – MIC Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini mengedarkan sebanyak 10,000 penutup hidung dan mulut (face mask) kepada orang awam di Brickfields, Kuala Lumpur sebahagian daripada Kempen Kesedaran Pemakaian penutup hidup dan Mulut (Face Mask).

Ketua MIC Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk S. Rajah berkata usaha MIC WPKL ini adalah untuk memberi satu kesedaran pemakaikan face mask di tempat awam dan juga untuk membantu orang awam yang sukar untuk mendapatkan face mask berikutan kekurangan bekalan face mask kerana menguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.

“MIC W.P Kuala Lumpur, berhasrat untuk mengedarkan sebanyak 20,000 keping face mask di lokasi seperti Sentul, Lembuh Ampang dan lokasi lain yang berdekatan dengan Zon merah” tambah Datuk S. Rajah.

Kempen kesedaran Face Mask anjuran MIC W.P Kuala Lumpur ini turut dihadiri oleh Ketua – Ketua Bahagian MIC WP KL, Ketua Pemuda dan Ahli Jawatankuasa MIC Negeri. – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373