Mourinho kembali bimbing Real Madrid?

Estimate Reading Time: < 1 minute

MADRID: Real Madrid sedang mempertimbangkan untuk melantik semula Jose Mourinho sebagai pengurus.

Ketika ini, kelab gergasi Sepanyol itu dibimbing Carlo Ancelotti tetapi dia dijangka meninggalkan tugasnya pada hujung musim ini bagi melatih skuad Brazil menjelang saingan Copa America.

Mourinho juga sedia untuk berpindah pada musim panas akan datang apabila kontraknya bersama Roma tamat.

Bagaimanapun, Mourinho dikatakan berada dalam dilema untuk kembali membimbing Real selepas dia dilaporkan menerima tawaran lumayan untuk berhijrah ke saingan Liga Pro Arab Saudi.

ia sebelum ini menolak satu tawaran daripada kelab Arab Saudi yang mahukan seorang jurulatih yang mempunyai rekod cemerlang.

Mourinho pernah membimbing Real antara Mei 2010 dan Jun 2013, memenangi tiga trofi termasuk gelaran La Liga pada 2012.

Kejayaan itu dianggap pencapaian terbesar dalam kerjaya Mourinho apabila menyaksikan pasukannya menamatkan dominasi Barcelona di bawah kendalian Pep Guardiola.

Menurut laporan media Sepanyol, Mundo Deportivo, nama Mourinho berada dalam senarai pendek bagi menggantikan tempat Ancelotti.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF), Ednaldo Rodrigues mengesahkan Ancelotti akan menjadi pengurus baharu pasukan itu pada Julai depan biarpun Real masih belum mengumumkan pemergiannya.

Real tidak bimbang untuk memberikan pengurus peluang kedua.

Jacinto Quincoces, Baltasar Albeniz, Luis Carniglia, Miguel Munoz, Luis Molowny, Alfredo Di Stefano, Leo Beenhakker, Vincente del Bosque, John Toshack, Jose Antonio Camacho, Fabio Capello, Zinedine Zidane dan Ancelotti semuanya pernah melatih Real lebih daripada satu kali.
– AGENSI
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373