Palang Merah hantar konvoi kemanusiaan ke Karabakh

Estimate Reading Time: < 1 minute

TBILISI: Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) hari ini berkata, pihaknya telah menghantar konvoi kemanusiaan ke wilayah Karabakh yang terpisah dari Armenia dan Azerbaijan secara serentak selepas pembukaan semula jalan ke Armenia yang disekat sejak Disember.

“ICRC hari ini membawa tepung gandum dan barangan perubatan yang penting kepada penduduk memerlukan melalui Koridor Lachin dan jalan Aghdam,” katanya dalam satu kenyataan merujuk kepada jalan yang menghubungkan Karabakh ke Armenia dan Azerbaijan.

Karabakh diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Azerbaijan.

Bagaimanapun, sebahagian besar populasinya adalah dalam kalangan etnik Armenia yang meraih kemerdekaan secara de facto daripada Baku pada awal 1990-an selepas melalui perang yang panjang.

Azerbaijan mengenakan sekatan ke atas Karabakh sepenuhnya sejak Disember tahun lalu, ia mengakibatkan ramai penduduk di rantau itu berdepan kebuluran.

Azerbaijan dan kerajaan puak pemisah Karabakh bersetuju membuka semula kedua-dua jalan secara serentak awal bulan ini dengan satu trak bantuan Russia memasuki Karabakh dari Azerbaijan, dalam fasa pemulihan pertama bagi rangkaian pengangkutan sejak 1988.

Jalan Lachin yang menghubungkan Armenia dan Karabakh bagaimanapun belum dibuka semula. Ia menyebabkan konvoi bantuan Armenia dan Perancis tergendala di permulaan koridor.
– REUTERS
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373