Pasaran saham dibuka rendah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan urus niaga pagi ini dengan pergerakan tidak stabil tetapi indeks utama masih melepasi paras 1,570, disokong oleh sentimen positif di tengah-tengah kegiatan pengambilan untung sederhana di pasaran tempatan.

Pada jam 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 4.65 mata kepada 1,573.68 daripada 1,578.33 pada penutupan urus niaga semalam.

Indeks utama dibuka 0.34 mata lebih tinggi pada 1,578.67.

Kaunter untung dan rugi menunjukkan perbezaan yang tipis iaitu 219 berbalas 217 manakala 327 kaunter tidak berubah, 1,415 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

umlah dagangan ialah 401.00 juta bernilai RM212.68 juta.

Menurut Rakuten Trade, pihaknya menjangkakan pasaran tempatan akan terus berada dalam mod stabil kerana kekurangan pemangkin dan mengunjurkan FBM KLCI berlegar antara 1,575 dan 1,585.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.24, Public Bank tidak berubah pada RM4.09 dan PetChem turun empat sen kepada RM8.15.

Bagi kaunter aktif, Niche Capital naik dua sen kepada 24.5 sen, sementara Tanco, TA Win, UCrest tidak berubah masing-masing pada 10 sen, 16.5 sen dan 35 sen.

Saham untung pula, Widetec naik 49 sen kepada RM2.15, LB Aluminium dan Genting Plantation masing-masing meningkat sembilan sen kepada RM1.32 dan RM8.82.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 20.11 mata kepada 11,576.05, Indeks FBMT 100 menyusut 23.35 mata pada 11,232.38, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 26.95 mata kepada 12,966.89 dan FBM ACE turun 3.46 mata untuk 8,272.30.

Bagaimanapun, FBM 70 meningkat 6.33 mata kepada 15,211.19.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 17.44 mata kepada 14,751.19, Indeks Perladangan meningkat 16.52 mata kepada 7,008.88 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.62 mata kepada 198.06.-BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373