Pelan Pemulihan Negara lindungi rakyat, pulih ekonomi – BSN

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Empat fasa terkandung dalam Pelan Pemulihan Negara diyakini dapat melindungi kehidupan rakyat serta memulihkan ekonomi negara secara progresif.

Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional (BSN), Jay Khairil Jeremy, berkata pihaknya percaya kerajaan sudah merangka pelan pemulihan itu sebaik mungkin.

“Strategi pelan pemulihan negara melalui melalui empat fasa mampu melindungi kehidupan rakyat serta memulihkan ekonomi negara secara progresif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membentangkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi keluar daripada ‘cengkaman’ COVID-19 dengan sasaran rakyat dapat kembali kepada kehidupan harian biasa menjelang akhir tahun ini.

Strategi itu merangkumi empat fasa bermula bulan ini hingga Disember dan membabitkan pelan peralihan fasa Perintah Kawasan Pergerakan (PKP) secara berperingkat dengan setiap fasa pemulihan berpaksikan data bersandarkan tiga indikator ambang utama.

Tiga petunjuk itu adalah kadar penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian, keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) dan kadar vaksinasi, iaitu berdasarkan peratusan populasi yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373