Pelancong kesihatan dari negara Kategori Hijau dibenarkan masuk Malaysia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pelancong kesihatan dari negara Kategori Hijau dibenarkan memasuki Malaysia dengan menggunakan pesawat komersial bagi mendapatkan rawatan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata negara berkenaan ialah Brunei, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Australia dan New Zealand.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu tertakluk kepada perbincangan bersama antara Kementerian Luar dengan negara berkenaan berhubung kebenaran pergerakan rentas sempadan negara masing-masing.

“Mereka yang terbabit perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum berlepas dan sejurus tiba di lapangan terbang, mereka akan terus dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373