Peminat anggap tindakan keluarga Glazer memalukan

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANCHESTER: Keluarga Glazer dikecam oleh peminat Manchester United kerana tidak menghantar wakil untuk menghadiri majlis pengebumian legenda kelab itu, Bobby Charlton.

Pemilik dari Amerika Syarikat itu dikatakan tidak mahu berada di majlis yang diadakan di Manchester Cathedral kerana tidak mahu mencetus sebarang gangguan.

Bagaimanapun tindakan keluarga Glazer dilabelkan sebagai memalukan oleh peminat United, selepas pemilik itu turut tidak memberi sebarang reaksi ketika bekas pengendali pasukan, Alex Ferguson kematian isterinya, Cathy bulan lalu.

“Tidak mengejutkan apabila tidak seorang pun daripada keluarga Glazer menghadiri majlis pengebumian pemain bola sepak terhebat kita.

“Keluarga Glazer sering menunjukkan yang mereka seperti terasing daripada kelab bola sepak ini serta peminatnya, dan ini salah satu daripada contoh yang memalukan.

“Pada pandangan kami, mereka hanya melihat Manchester United seperti alat untuk mendapat wang.

“Mereka tidak sesuai menjadi pemilik salah sebuah kelab terhebat di dunia, yang mempunyai sejarah hebat serta dicetus oleh pemain berbakat seperti Sir Bobby.

“Saya rasa kami boleh bercakap mewakili majoriti peminat kelab ini yang kami gembira mereka tidak mencetus sebarang gangguan tidak diingini di majlis berkenaan.

“Mereka pastinya tidak dialu-alukan. Tetapi apa yang mengecewakan ialah tidak ada sebarang kenyataan rasmi daripada mereka hari ini atau berkenaan kematian Lady Cathy,” kata kumpulan peminat United, The 1958.
– AGENSI
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373