WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_doing_cron', '1716341022.2417609691619873046875', 'yes') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

'Penduduk kawasan terjejas jerebu perlu elak berada di luar rumah' - Dr Zaliha » The Capital Post

WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_timeout_bfc_post_34248', '1716341623', 'no') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_bfc_post_34248', '0', 'no') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

‘Penduduk kawasan terjejas jerebu perlu elak berada di luar rumah’ – Dr Zaliha

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati penduduk di kawasan yang terjejas ketika ini, dinasihatkan berhati-hati kerana keadaan itu tidak baik untuk kesihatan mereka serta boleh menyebabkan penyakit seperti radang.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata asap jerebu boleh menyebabkan seseorang mengalami gejala sakit tekak, selesema serta kegatalan kulit.

“Apabila kita berada di luar rumah, jerebu ini merupakan partikel udara seperti asap, yang berisiko masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan iritasi kepada mata dan hidung.

“Asap jerebu boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gejala sakit tekak, selesema serta kegatalan kulit.

“Berhati-hati, jangan keluar rumah jika tiada keperluan khususnya kanak-kanak dan mereka yang mempunyai asma,” katanya menerusi perkongsian video di TikTok hari ini.

Dr Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang, berkata demikian ketika mengulas mengenai kawasan Segamat yang terletak dalam Parlimen Sekijang yang ketika ini berdepan masalah jerebu sejak beberapa hari lalu.

Katanya, keadaan jerebu di kawasan Segamat ketika ini agak teruk hinggakan jarak penglihatan tidak sampai 200 meter, manakala bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semalam mencatatkan di antara 145 hingga 150.

Beliau berkata, jerebu juga mampu memberi kesan jangka panjang seperti penyakit kardiovaskular atau masalah berkaitan jantung.

Terdahulu, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam kenyataannya, sudah bersiap siaga menghadapi kemungkinan berlakunya fenomena jerebu, ekoran cuaca panas yang sedang melanda Semenanjung ketika ini

Berdasarkan laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Seberang Jaya mencatatkan keadaan udara tidak sihat pada paras 151 bacaan IPU, pada jam 10 pagi tadi, berbanding bacaan pada tahap sederhana 105 malam tadi.

Bacaan IPU di Segamat, mencatatkan bacaan status kualiti udara tidak sihat pada tahap sederhana iaitu 96.

Manakala, kawasan Cheras mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu 100 dan meningkat kepada bacaan 103 sejam kemudian.

Untuk rekod, bacaan IPU di antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, IPU 51 hingga 100 (sederhana); 101 ke 200 (tidak sihat); 201 ke 300 (sangat tidak sihat) serta 300 dan ke atas (berbahaya). – Berita Harian

Comments (

WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_timeout_bfc_post_34248', '1716341623', 'no') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

WordPress database error: [Duplicate entry '53973428' for key 'PRIMARY']
INSERT INTO `wphi_options` (`option_name`, `option_value`, `autoload`) VALUES ('_transient_bfc_post_34248', '0', 'no') ON DUPLICATE KEY UPDATE `option_name` = VALUES(`option_name`), `option_value` = VALUES(`option_value`), `autoload` = VALUES(`autoload`)

0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373