Pengenalan Jawi kekal pada 2021

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan memaklumkan pengenalan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid sekolah Tahun 4 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan diteruskan pada 2021.

Timbalan Menteri Pendidikan Muslimin Yahaya berkata kementerian pada dasarnya mengikut keputusan yang dibuat Jemaah Menteri pada 14 Ogos tahun lepas.

“Sebenarnya tulisan Jawi “dimomokkan”. Kita bukan mengajar pelajar kita menulis dan membaca berkaitan dengan tulisan Jawi.

“Kita hanya dalam proses pengecaman,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Sabri Azit (PAS-Jerai) yang ingin mengetahui sama ada tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun kekal untuk 2021.-FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373