Perhimpunan penulis e-buku di DBP

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kelab Penulis Muda Malaysia (KPMM) bakal menganjurkan program Perkampungan Penulis E-Buku (PPE) 3.0 secara bersemuka pada Sabtu ini, di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) .

Setiausaha KPMM merangkap Pengarah PPE 3.0, Nurul Ashidah Johari dalam kenyataan berkata, program tahunan yang diadakan bermula 2021 ini bertujuan bagi menyemai semangat menulis dalam kalangan rakyat Malaysia selain untuk membudayakan amalan membaca.

Katanya, program ini juga diadakan bagi memberi suntikan, dorongan dan inspirasi untuk semua golongan dalam menulis karya sendiri dengan mudah selain memartabatkan penulis e-buku dengan mengangkat karya hasil penulisan mereka dengan lebih luas.

“Dua tahun lalu, KPMM rancak mengadakan program ini secara atas talian sahaja. Alhamdulillah, PPE 3.0 mendapat kerjasama bersama pihak DBP untuk mengadakan program secara bersemuka bagi tahun ini.

“Penyertaan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan luar negara yang ingin turut serta. Kemasukan adalah percuma ” katanya.

-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373