PERKESO sahkan pegawai ditahan SPRM

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengesahkan penahanan seorang pegawai agensi itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ops Hire 2.0, semalam.

PERKESO dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penahanan itu bagi membantu siasatan berhubung insentif pengambilan pekerja bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana).

Menurut PERKESO, pegawai berkenaan disyaki terbabit menerima suapan bagi meluluskan permohonan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah Penjana.

“Sehubungan itu, pihak kami menegaskan bahawa PERKESO tidak akan mencampuri urusan itu.

“Kami memberi kerjasama serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak SPRM untuk menjalankan siasatan ke atas pegawai berkenaan sehingga selesai,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan, SPRM menahan seorang pegawai perkhidmatan sebuah agensi selepas disyaki terbabit menerima wang habuan ribuan ringgit daripada seorang pemilik syarikat sebagai upah meluluskan permohonan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah program Penjana bernilai kira-kira RM1.3 juta.

– BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373