Pesara kerajaan, penjawat awam lantikan kontrak kini boleh mohon rumah PPAM

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pesara kerajaan yang memiliki kad pesara, anak pesara dan penjawat awam melalui lantikan kontrak kini layak untuk memohon Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).

Jabatan Perdana Menteri memaklumkan, permohonan PPAM juga terbuka kepada semua penjawat awam yang sedang berkhidmat membabitkan Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri.

Katanya, kelayakan permohonan bagi PPAM adalah untuk warganegara Malaysia yang terbuka kepada semua penjawat awam melalui lantikan tetap.

“Kelayakan permohonan membabitkan penjawat awam yang telah bersara dan memiliki kad pesara, penjawat awam melalui lantikan tetap dan kontrak termasuk anak pesara kerajaan yang mana semua boleh memohon lebih dari satu projek,” menurut kenyataan itu.

Semua unit rumah PPAM adalah bersubsidi dan akan dikenakan moratorium 10 tahun.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas, penjawat awam boleh menghantar emel kepada bantuan.ppam@jpm.gov.my atau layari www.ppam.gov.my.

– Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373