Pesawat Israel serang tapak milik Hamas di Semenanjung Gaza

Estimate Reading Time: < 1 minute

GAZA CITY : Pesawat Israel menyerang tapak milik Hamas di Semenanjung Gaza pada malam Ahad, lapor sumber keselamatan Palestin, selepas Israel mendakwa, tiga roket ditembak di wilayah mereka.

Tentera Zionis berkata, pesawat mereka menyerang infrastruktur bawah tanah milik kumpulan Hamas, sebagai balasan terhadap tembakan roket.

“Awal malam ini, tiga roket dilancarkan dari arah Semenanjung Gaza ke Israel.

“Sebagai balasan, helikopter penyerang dan jet pejuang menyerang kedudukan Hamas,” kata Israel menerusi satu kenyataan.

Tiada sebarang laporan mengenai kematian diterima membabitkan kedua pihak.

Tentera Zionis berkata, sistem pertahanan Iron Dome berjaya memintas roket ketiga.

Setakat ini, tiada pihak tampil bertanggungjawab terhadap pelancaran roket dari semenanjung Gaza dikuasai Hamas.

Pertubuhan Islam itu pada Jun lalu memberi amaran kepada Israel, bahawa perancangan mereka untuk menakluk kawasan milik Palestin di Tebing Barat hanya akan mengundang peperangan. – AFP

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373