PH digesa guna cukai rokok bina kawasan merokok

Estimate Reading Time: < 1 minute

KIMANIS: Penguatkuasaan larangan merokok di tempat-tempat makan dijadikan contoh dasar-dasar Pakatan Harapan yang dikatakan menafikan hak rakyat.

Ketua Umno Penampang, Hasnol Ayub berkata perokok secara tidak langsung membayar cukai kepada Putrajaya. “Mereka bolehkan rokok dijual kepada rakyat tetapi mereka kenakan cukai dan kemudian larang merokok,” katanya semalam.

Hasnol mencadangkan kawasan merokok khas dibina di tempat-tempat makana, sama ada oleh pengusaha atau oleh kerajaan menggunakan cukai daripada jualan rokok.

Di satu ceramah malam tadi, hadirin mengambil maklum beberapa dasar yang dikatakan menyusahkan rakyat.

Antaranya adalah keperluan membayar RM80 untuk perbaharui Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL), pembatalan kontrak memotong rumput sepanjang jalan utama Papar-Beaufort, penguatkuasaan peraturan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan, dan larangan merokok di tempat-tempat makan.

Hasnol berkata dasar-dasar baru itu dilaksanakan walaupun kerajaan tahu ia akan menyusahkan rakyat. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373